Friday, August 3, 2012

urut tradisional in Penang Island

I've been searching high and low for makcik urut in Penang Island. yang aku pernah pergi pun dekat spa yang konon ada khidmat makcik urut la, tapi the urut mak aih, aku tak rasa apa-apa. maybe sebab aku dah biasa kena urut, so orang urut tak kuat sangat memang tak rasa. so urat aku memang tak betul-betul la. dah la tuh tak rasa pun dia pegang urat yang betul. macam mana eh nak cakap. kan kalau orang urut belakang kan, bila dia tekan tuh kan, kita boleh rasa the urat berketul-ketul, siap berbunyi bunyi ketak ketak ketak. ni takda bunyi pun, memang main tekan aje. adoiyai.

aku tau urat aku memang bersimpul bila aku pegang sendiri pun boleh rasa berketul eh ni time dia urut tak ada pulak. memang tipu benar la. maka, for the coming confinement, my parents kan pergi Haji, maka mak kena berdikari la kali ni, semua nya mak kena cari sendiri di Penang Island yang memang aku tak ada sedara mara langsung. Maka aku tebal muka la tanya akak Aida, dia anta anak dia dekat the same babysitter as mine. dia rekemen akak ni. nama dia akak wahyu. dia Indonesian. tapi dah kahwin orang sini, orang Pahang, dah duduk sini 18tahun, kata nya. sekarang she is in her 40s. tapi rupa ya ALLAH tak ada langsung macam 40s. slim melim awet muda! 

aku book the appointment on Tuesday since aku dah tak larat dah, sakit kepala la, sakit belakang la, angin satu badan la, kaki bengkak la. that's it. aku work from home and at 1pm book appointment dengan dia. punctuality wise, dia sampai kol 1.10pm, not bad considering she's coming from home after hantar anak dia to school. aku dah hmm good first impression. ape hal aku ni gaya macam nak cari menantu kan? 

And dia start urut tangan dulu lah. first dia pegang tangan tuh kan. dah tau dah dia ni memang pandai urut. rasa sampai ke tulang. cara dia tekan tuh. puas hati. dia urut satu badan la, mula dengan tangan, kaki, perut, belakang. last sekali kepala. memang ringan sangat badan aku lepas dia urut.

tapi kan masalah nya, petang tuh aku sakit perut! dalam kol 6 gitu. cirit wehh. nak kata benda aku makan apa yai nya udah puasa satu hari kan, tetiba ko nak cirit kol 6 ape kes? aku dah aiyoo akak tuh pegang urat apa tadi keluar segala isi perut aku ni? takpa la aku kira pengaliran darah aku dah lancar, maka digestive system pun baru bekerja dengan efficient nya. tapi memang ringan la badan udah kamu dalam toilet jer kan.

lagi satu, malam tuh gusi aku bengkak. bengkak tahap bengkak ya ampun. sakit nya, tuhan jer la tahu. tak boleh tidur malam. sudahhh. tapi memang logik jer la udah gigi aku memang kena gi tampal pun tapi aku kan pregnant malas la nak gi tampal tanpa dia bagi any bius, sebab pregnant tak boleh ambik ubat bius suka suka. maka mak meroyan la 2-3 hari ni dengan gusi berdenyut, muka bengkak. cuti 3 hari nok. aiyoo. adakah ini sebab akak tuh pegang urat aku? ataupun hanyalah kebetulan? poyo jawab nya.

Tapi yang aku tahu, akak tuh memang pandai mengurut, pandai betulkan urat aku yg berketul ketul, belakang aku tak lenguh-lenguh dah, kaki aku pun tak lenguh dah, 3 mlm ni tak ada cramp kaki langsung, kaki pun Alhamdulillah kurang sembab, kepala aku pun dah tak pening-pening. jarang nak jumpa orang yang betul-betul boleh betulkan urat belakang aku. maka nanti dah week 32 nanti aku nak panggil dia lagi. week 36 onwards aku nk mintak dia datang urut untuk susu pulak. dah serik dah dengan first pregnancy, nak keluar air susu for the first time tuh, ya ALLAH susah nya. baby dah keluar baru nak urut susu, memang amik masa la. tapi Alhamdulilllah at least aku ada jugak experience breastfeed anak. :)