Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan Journal #2: pasar ramadhan bayan baru 2012 review

tajuk post dah tahu mak jenis tak masak ye? saya masak 2x jer ye puan puan setakat ini. cerita nya
at first kitorang beli makanan di Pasar Ramadhan Sungai Nibong, malam itu kami berdua lalok tak boleh angkat kepala. kesian Anas kena paksa tidur awal. Sah kena drugged. aduh. so next day nya taknak dahhh beli dekat pasar, fobia ya ampun, maka masak la nasi lemak. Time tuh la saya bersilat dengan Anas di dapur, penat DH nak jaga. itu budak sukaaaaa sangat masak. kalau boleh nak tolong kacaukan sambal sekali. So DH cakap tak payah masak dah, beli dekat pasar jer, pasar bayan baru lah besar and banyak choice sikit. Either aku masak tak sedap or dia dah penat jaga itu budak masa aku masak. I'm leaning towards the former. kahkahkah.

Anyhow. Tahun ni seperti tahun tahun sebelum nya, menu berbuka ialah Nasi Kerabu. housemate aku dulu semua macam pelik, awat ang tak boring ka tetiap ari makan benda sama? nak buat macam mana aku sangat la homesick time puasa. teringat kat makanan kelantan je. teringat lepas terawih dengan family, ayah aku keluar gi beli colek ayam. Subhanallah sedap nyaaaaa..

So there are 2 vendors who sell Nasi Kerabu dekat pasar bayan baru, one stall yang ada gantung baju the red warrior, and satu lagi dekat belah lagi satu. haha. apa punya review daa. tapi gerai red warrior tuh sedap nasi kerabu dia, tumis dia ok, ikan goreng tepung dia pun garing dan ikan fresh, pelepung (paru) pun lembut. ayam dia sedikit kering. solok lada memang tarbaik. aku tak penah try lagi daging panggang dia, nanti ari ni aku nak try. nasi dagang dia pun bes. lembut gila the nasik and the gulai ikan ayo pon masin lemak sedap. Alhamdulillah authentic la jugak and aku tak pening kepala. maka aku yakin tak ada MSG. bila aku try situ sedap, aku dah tak try la dekat stall lagi satu tuh. aku ni sangat setia orang nya. cet.

next review is, air tembikai, ada satu stall ni dia jual tembikai potong, air tembikai dengan air tebu je. ahkak dengan anak dia yang jual. memang terbaik air tembikai dia. I have no say on the air tebu, sebab aku tak minum, memang aku tak suka tebu. tapi DH suka. dia kata pure. tembikai tuh best nya sebab tak manis sangat, and you can still eat the pulp tuh, sebab dia blend tak fine sgt, meaning dia tak letak air extra banyak. memang rasa sangat pure dan fresh. ada added sugar, tapi sangat amat sikit. memang manis manis buah.

next is akok! yes aku finally jumpa akok yg sedap!! serious sedap akok ni. kedai dia ialah yg jual akok and puding telur. dia punya akok dan puding telur ber dulang dulang banyak nya. puding telur dia pun sedap. memang konpem byk telur dia letak. lemak dan manis. nyam nyam.

to those yang cari chinese food yang halal, ada sorang uncle ni dia jual nasi ayam hainan, memang tarbaik. serious! sedap!!! memang original sebab dia muslim converted. and his char hor fun pon sedap. aku lupa dah nama kedai dia apa, tapi kalau ko pusing pusing pasar tuh, ko sentiasa alert cari sorang uncle chinese yg pakai kopiah dan jual nasi ayam hainan dengan char hor fun. this is highly recommended.

nih ialah list stall yang jangan ever beli dari mereka kerana tak sedap, letak MSG byk sgt sampai aku pengsan malam nya, recycle semalam punya.

ayam golek yg asap nya kepul kepul kalah orang bakar sampah (dah la tak sedap lepas tuh jual macam tak nak jual. memang epic FAIL!)

sate! sate daging dia ok. aku makan ok. tapi kuah dan sate ayam dia recycle punya kalau aku tak silap. ada sate ayam dia ok. sedap. aku bagi anas makan dia suka sgt, tapi the 2nd stick dia luah balik, aku try rupa rupanya dah basi. aiyooo I bagi sate basi kat anak!! pagi tadi stool dia loose. kesian anak. rasa bersalah sampai sekarang. :( and DH pon sakit perut pagi tadi.

kebab pakcik. sebab daging dia besar besar. sakit gigi nak gigit. kebab abang ok sikit. in case anybody craving for kebab.

itu aje la kot. Alhamdulillah since aku kawin ni aku dah jarang membazir makanan since nak beli apa apa kena interrogate dulu dengan DH, dia ialah sangat sangat tak suka membazir makanan. aiyoo terbalik dengan my parents yang sangat suka melebih masa berbuka. Tapi bagus lah kan tak membazir.

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Journal #1 : fasting, toddler and pregnancy


yup, my first puasa handling a toddler and being pregnant. mak kan lembik, mak pregnant first time dulu pun mak tinggal puasa kes tak larat. sebenarnya bukan nya apa, boleh je nak puasa, tapi doktor cakap, kalau tak sahur jangan puasa, tak pasal ko collapse, kesian baby.dah tak kesian kat mak dah, dah sape suruh ko tak bgn sahur kan? so ade la tergelincir sahurnya, sedar sedar orang azan subuh. *sigh*

maka tahun ni, mak punya azam, nak puasa penuh. dah tak nak tergelincir dah. udah dah 3x kamu puasa ada laki, takkan tak reti nak bangun lagi kan? the first 2 times maybe the changing state of being a bachelor to a wife. tapi kalau dah tahun ke 3 pun sama tuh nama nya bodoh piang la kan.

Then cerita nya, Ramadhan day #1, mak semangat nak, tetiap 2 jam bangun takut terlepas sahur, semangat kan badan aku nak masak sahur. auto wake up tuh. then bangun la kol 4.30! haha. masak macam orang bujang lagi, tapi aku slowly la progress untuk start masak di pagi matahari tak naik lagi. masalahnya, anak teruna aku yang baru setahun jagung, pun nak join masak jugak di pagi hari. ish ada jugak downside nya aku ajak dia masuk dapur. dok la bersilat dengan dia dekat dapur. masa makan pun nak makan sama, naik atas meja siap.

seriously, aku rasa bulan puasa ni ialah paling banyak dugaan, pregnant dah tak jadi masalah, Alhamdulillah, baby sangat la behave ya ALLAH, memang lain la dengan 1st pregnancy, i think sbb my body dah biasa ada manusia lain dlm dia. My mom kata baby girl memang macam tuh, dia sopan sikit, baby girl ni senang masa pregnant and masa baby nak jaga, tapi when she grows up, you really need to educate her right, kalau tak membesar jadi haru biru. that is the challenge. dia tengah refer kat aku la tuh kes haru biru. dulu masa aku bawak balik ex bf aku jumpa dia, mengucap panjang dia, kamu tu dah kelaut, dia pun 2x5 jugak ke laut, lepas tuh siapa nak lead siapa ni?

ok tuh part pregnant, lepas tuh part jaga anak teruna seorang, subhanallah, kan we start puasa during weekend, masa weekend tuh we went back to DH's kampung, favorite place Anas la tuh. ada cat, ada padang besar boleh berlari lari, ada sepupu dia sebagai kawan. masalah nya, dekat kampung, diorang tengah renovate rumah, so sedikit hazardous lah untuk budak setahun stgh bermain. maka kena 100% supervision! berlari la mak dengan perut memboyot kejar dia. lepas tuh gelak gelak. nak marah pun tak tergamak kan? Puasa ni ya ALLAH paling aku sabar sekali. ko penat kan sebab puasa, then kena berlari lari lagi, then tahap kesabaran nya tuh sedikit tipis dari hari biasa.

orang lain punya misi untuk puasa ni sure macam untuk solat terawih penuh, solat di awal waktu, nak khatam Quran, misi mak? able to puasa penuh InsyaALLAH tanpa hilang sabar dengan keadaan sekeliling, tahan mulut dari mengata orang, tahan kepala dari nak bagi 1st impression kat orang. bad thoughts will bring bad things. takat tuh jer kamu punya misi andika?? takat tuh jer la dulu, kalau boleh capai tahun ni kita teruskan lepas puasa sampai tahun depan, kita tambah yang lain pulak bulan puasa tahun depan.

Tuesday, July 10, 2012

babywearing journal #3 : KinderPack Carrier

finally after so long, I managed to get a Kinderpack Carrier. 2nd hand ja. Tadak duit nak beli 1st hand direct dari State, bazir kat shipping saja. awat la aku tak tau pasal KP ni masa di State dulu, kalau tak aku borong banyak-banyak, bak jual kat sini. Tapi memang best sgt bak hang. *eh* 

I wore it for almost 2 hours straight masa groceries shopping at Tesco, and tak rasa apa-apa. I was at 24 weeks kot at that time. my tummy was visible la, tapi the best part is the buckle I don't know how somehow doesn't even caused any strain on my enlarging tummy. and no hip and shoulder strain at all. weightless gitu. I thought when people say KP ni la the ultimate carrier kalau nak cari carrier for travelling sebab memang weightless, aku macam sceptical,  biar betul weightless, my son 12kg kot, how to feel weightless, tapi memang weightless! 

And last weekend we went to Penang Butterfly Farm, ya Tuhan ramai nya manusia, kesian la kat anak aku yang kecik tuh nak jalan with so many humans around, so mak back carry him in KinderPack, almost 2 hours jugak la, this time rasa sikit strain la since outdoor kan panas sikit la, berpeluh peluh la both of us, tapi still boleh manage lagi la. which is so interesting. seriously, if anybody looking for the ultimate carrier then go find this one. memang berbaloi baloi. aku ni tengah carrying, imagine kalau tak carrying sure boleh pakai the whole day without a problem. 

Aku beli the toddler size with standard strap. Budak ni macam tak muat sangat lagi toddler size, tapi still ok la, and tak teruk sgt the red mark dekat pelipat bawah lutut dia compared to other carriers. 


Sekarang ini budak dah nak di carry balik. Dalam rumah tetiba datang belakang aku, letak tgn dekat tengkuk mintak kung kung. invisible carrier aje la kamu. Itu yang kena belajar pakai Mei Tai cepat-cepat ni, sebab nk high back carry. I already got my wrap convert mei tai from JumpSac Pandora wrap, semalam dah try tapi aku bodo lagi nk pakai mei tai, so salah pakai, dia mengamuk tak selesa, maka today kena praktis dan praktis lagi. 


If you look at the picture, the top one is JumpSac Orbit Infant Size, supposedly can support up to 20months if I'm not mistaken, akan tetapi, anak acik besaq dan sedikit chubby maka if you look closely the carrier is digging his right thigh, kesian anak acik. there's no knee to knee support there. more to thigh to thigh support. JumpSac orbit is great really but I bought the wrong size, so this do injustice to it, shall try it again once the baby's out. The bottom picture is the kinderpack Toddler size, KinderPack sizing is super generous especially at the seating area, they called it the seat dart, so for bam bam toddler like mine, it's a perfect fit. plus if you look at the knee to knee support memang perfect.

ok dah. it's too geekery now i think.