Thursday, June 28, 2012

Pearl Maternity & 4d anomaly scan

yeah, makcik gi 4d scan smlm dekat Pearl Maternity Hospital, ala spital doktor rosita, orang penang kalau tak kenal sapa Doktor Rosita memang sah sah nak kena sekeh kepala. It seems like she's the best female muslim obgyn in penang. People do ask me why I must find a female muslim obgyn? so you're being racist then? tidak sama sekali. Tapi lebih baik beranak dengan perempuan muslim since she knows about the muslim ways, time beranak tuh dia la yg dok baca macam-macam ayat, dulu masa aku beranak kan Anas, my obgyn tak henti henti baca "la ila ha illa anta". Memang rasa tenang ja masa labor. 


another reason, my sister in law, first labor experience dengan Dr Rosita la, and she said, the doctor after the baby and the placenta dah keluar, she urut keluar all the air and darah out from womb, she urut the perut for a period of time to get everything out, so my SIL said memang perut die kempis lepas beranak, compared to her 2nd experience dengan female muslim doctor jugak but the doc doesnt really believe in traditional ways. so nampak la beza the kebesaran perut after bersalin. So i got hooked on that. Aku akan cari jugak obgyn yang observe tradisi urut and berpantang ni, so that I'm aware of how important that is if I want to get back to my original weight. 


lagi satu doktor rosita ni suka membebel kalau berat naik byk. She memang damn particular when it comes to getting back to your original shape. Time aku datang for first checkup for the 2nd baby, she looks at my weight, she straight away said, this is what we want, you managed to get back to your original weight, kalau tak nanti banyak masalah yada yada yada. kalau orang tak tahan dengar doctor membebel jangan la jumpa doktor ni. 


So anyhow, they offer an anomaly scan and 4d scan package,it's i would say a bit pricey compared to KL price, tapi bagi aku senang kot buat satu tempat, aku kan pemalas, buku merah pun tadak. the anamoly scan was an eye opening thing for me, macam gi kelas bio balik. It was so detail until aku bleh nampak all 4 valves of the heart, siap nampak aorta lagi. hebat gila. masa dia zoom to the otak. Subhanallah, all parts of the brain memang nampak gila-gila, then dia measure the brain fluid to make sure it's not abnormal, then dia measure the distance between the brain dgn tengkorak i think, to eliminate down-syndrome. byk lagi la dia check. I was there for almost 45minutes. memang puas hati gila. everything looks normal jer at this point of time. nanti  lah aku tempek gambar 4d and all the detail scanning. gambar 4d tak berapa cantik since the baby still small,  not accumulating flesh yet. i'm at 24 weeks jer pun. Tapi good to do it now la nanti 3rd trimester dah cramp sgt dlm tuh, susah nk scan for anomaly.

Tapi yang nk cerita ialah when the doctor zoom exactly under the bum nak tengok condition bladder, the doctor point out that tadak genital terkeluar pun between the legs. memang flat from bum to perut. flat! meaning? it's a girl! maka. rumusan untuk entry kali ni ialah.. bring on the ruffles, pink, dainty dresses, all of them are coming home with mama. mak demam shopping nak!   

Tuesday, June 26, 2012

separation anxiety


melampau nau budak tuh punya separation anxiety sekarang ni. penat mak. mak sepatut nya pergi teambuilding dekat cameron esok, tapi terpaksa skip since itu budak tak boleh tidur tak ada mak. boleh ada satu mlm ni dia tidur dengan abah dia, then suddenly he woke up in the middle of the night, cari mama tadak, dia teriak, abah dia nk peluk dia, dia takmau, dia turun katil, lari to a corner. apa motif? takut ngn abah sendiri? blahhhhhh. pagi pagi bangun boleh pulak kamu pergi mencari abah mintak bawak naik basikal. tapi malam malam buta kamu mencari mak jugak. *sigh*

asal tidur nak menyendeng dengan mak. tak kesah la, asal dapat sentuh gelang mak pon jadi. Dia yang tarik tangan aku buat jadi bantal peluk dia. ye nak, mak tahu, mak makin tembam, gelang tuh pun udah sedikit ketat, usah la kamu point that out to me. i am sad! nak kata abah dia tak fluffy, makin fluffy semenjak dua menjak ni. tuh pun dia dah start cut down minum teh tarik, dah jarang dinner after 6. dah start berkebun. hat ni paling kelakar, tekejut aku blk dari antar anas tengok laki aku tengah trim pokok. whattt? since when? bagus la azam baru.

aku rasa budak ni kenen dengan perangai aku. dulu dulu masa aku kecik pun gini la jugak perangai nya. tak boleh tidur kalau tak bersentuh dengan orang len. aku suka gila peluk my then pengasuh, then when she's gone, aku suka peluk adik perempuan aku, sampai tahap dia rimas gila, dia bagi penampaq ja kat aku. sampai sekarang dia phobia kalau orang pegang dia. kes kene peluk ngn aku la tuh. LOLed. so i felt so lonely. dah tadak orang nk peluk. last last peluk bantal pun jadi la. aku tak suka peluk teddy bear, jadah apa berbulu bulu ni, masuk mulut hidung aku, haih rimas. bila dah besar panjang aku still kena ada bantal peluk yang made out of kekabu. aku tak suka bantal peluk panjang, bolster eh orang panggil? aku suka bantal 4 segi biasa ja.

maka bila dah kahwin, yes! dapat bantal peluk original. tapi laki aku ni pun spesis adik perempuan aku jugak. rimas kena peluk. boleh dia kata tak boleh bernafas? tangan aku berat? i am sad. lain kata aku gemok ka? dang. hancur punah la harapan mak. so bila budak kecik tuh keluar dari perut, seronok la saya ada newborn boleh peluk tiap-tiap malam. siap ada bau baby lagi. So to NOT co-sleep is not an option. from day 1 mesti tidur sebelah mak dan peluk ketat-ketat. why do you think I heart babywearing so much?

so sebenarnya aku sukaaaaa gilaaaa ja anak aku menempek dekat aku. haha. rasa diperlukan. lagi la time dia baby baby, aku pakai dia dlm ring sling and buat kerja rumah, boleh rasa heartbeat dia oh happy nya mak. Lagi happy bila tau-tau dia dah tidur dengan lena. rasa puas hati ya amat.

aku rasa sejak aku jadi mak ni, ada sedikit phys co lah. ke memang dari dulu lagi aku macam ni?

Thursday, June 14, 2012

Anas memasak

aku kan sukaaa gila pi check dekat pinterest all the toddler's activity during summer holidays, ye la sini kan always summer, panas jer manjang so since now is summer in the northern hemisphere suka la mak browse pinterest banyak board on toddler's activity.

I need these kind of activity because my son doesn't really like to play with toys. dia tak suka jugak tengok tv, dia bukan jenis toddler yang on jer Disney Channel dia akan terpacak kat depan tv sampai makan pun depan tv. nehii hey mera son. Dia ni jenis dengar jer orang bukak pintu rumah, haaa terus berlumba lari mau keluar rumah, kalau terlepas je, dia boleh main kat luar tgh tgh panas dengan happy nya. oh kalau panas kan porch tiles tuh pun akan panas sama, mana boleh pijak kalau berkaki ayam pon, sakit nau tapak kaki, so ini budak berlari balik ambik crocs dia tarik tangan mak dia suh pakai kan kasut. pandai kamu manipulate mak ye? kamu ingat boleh terlepas? memang mak angkut masuk rumah la. kang kamu demam kang nenek kamu bising kat mak. kata tak reti jaga cucu dia. kalau kamu masuk hospital lagi kang, mak jugak yang susah hati anak tak sehat. 

Yes the only activity yang boleh engage him more than 20minutes ialah outdoor. biaq ja dia kat luar, dia pandai la cari aktiviti sendiri. Tapi ingat ye mak mak, main kat luar memerlukan 100% adult supervision. make sure pintu pagar rumah anda berkunci dengan solex yang berfungsi dengan baik. 

baiklah, untuk hari-hari yang tahap kepanasan yang tidak tercapai di akal semua orang, maka nehi absolutely nehi he bermain di luar. maka kami stranded indoors lah. this is the time when Pinterest board plays an important role. mak korek punye korek pinterest, and tried most of the suggested activity, paling menjadi ialah aktiviti memasak bersama mak. yes. mak dia tak reti masak tapi mak dia hebat burying minat memasak dlm anak nya. I bought a stool for him to stand on next to the sink, so aku bukak pili and biar jer dia main basuh basuh ayam, sayur, potato. seronok budak tuh. mak pun boleh masak dengan tenang. tak ada la dia dok nyibuk di kaki mak. bukak cabinet sana sini. capai barang bagai. dah besar ni dah tak mau dah masuk dlm carrier, kalau jalan-jalan ja dia mau masuk, kalau kat rumah nehi hee.

dekat 30 minit jugak la dia main. haa lega mak. lepas masak, feed him, bagi susu, dia tarik tangan aku nak nek atas, nak tidur. penat dan puas hati main air tambah dengan perut kenyang. dekat 3 jam jugak la dia tidur. seronok mak!


Thursday, June 7, 2012

cacing dan delima

last weekend, kami sekeluarga pulang ke kampung DH di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, sepupu nya bertunang. family sepupu dia dulu tolong banyak gila masa kami kahwin dulu, maka kami perlu lah membalas jasa baik mereka. acewah.

Sampai ja Anas meroyan jumpa wide open space yang dia boleh merempan nak berlari sesuka hati, dia punya happy, haih. lagi buat dia meroyan bila jumpa swimming pool, dia siap flu bagai lagi, tapi DH kesian kat dia, budak budak lain semua terjun kolam, dia telan air liur jer tgk orang lain berendam. maka DH bawak masuk la jugak itu budak dalam kolam. meremang bulu roma mak pikir dia tengah flu, tapi biaq pi la, flu will heal but memories are forever.

cerita nya, my FIL beli la buah delima, dah siap kopek bagai, letak dalam tupperware, sambil dia browse internet sambil dia makan, ala-ala kudap kudapan, anak aku masuk rumah ja, tengok bende alah bijik bijik merah menyala, di ambik nya masuk mulut, dia buat macam makan nasik. aku mkn la jugak the delima, it was quite sour for me, tapi si kecik tuh makan macam tak ada masalah. aku pikir, oh what the heck, masa dia dalam perut dulu, tetiap minggu aku mesti makan sebiji bendealah pomegranate ni, sebab tuh kot dia pon suka.

esok nya, masa dia nak teran for no 2, dia punya meneran lain macam, memang kelakar la the sound effect, aku dah pikir kesian nya anak sembelit lagi ke, rasa nya dah minum air kosong banyak dah. bila mau istinjak, mak basuh basuh, ada satu macam getah panjang gitu keluar. aku dah weh anak aku telan getah kaaa? tgk tgk nipis gila dari getah gelang tuh, then aku pikir bihun kot, tapi tadak la pulak dia makan bihun, biasa dia makan bihun pun, hadam semua nya, tak akan keluar sejibik sejibik, thennnn it occurs to me, cacing!!!! anak mak ada cacing! OH MAI. sungguh kampung anak aku. hahaha. Tapi logik ja, anak aku ni jenis outdoor type, kalau boleh dia nak bergelumang dengan tanah ja, kutip batu sana sini, main ranting pokok, sambil-sambil masuk mulut, mana nak dan mak nak halang kan. kan orang kata, biar kan anak main kat luar, boleh boost kan immune system, let your kids get dirty orang putih kata, let them eat dirt. angpa takpa la eat dirt pun, dirt angpa tak se fertile dirt kami, penuh dgn organisma len termasuk lah parasit. It turns out rupa rupa nya delima ni memang ubat cacing! ada enzyme inside biji delima yang boleh bunuh cacing, maka terlepas la cacing itu dari colon anak aku. itu pasai ada dalam najis. hebat gila. natural gitu. lepas ni aku nak cari byk byk delima. bagi dia makan. mana nak tau kot kot ada lagi ka sepupu-sepapat cacing tuh dlm colon anak aku. abeh nutrien anak aku ilang kena sabatoj oleh mereka. baru setahun 5 bulan nak oi, dah ada cacing keluar ka? 

alaaa aku dulu pun outdoorsy jugak, setiap kali misi datang sekolah bagi ubat cacing, esok sure keluar cacing. main pasir la, main tanah la, elok ja eh besar besar jadi engineer cikai. Tapi memang zaman kecik dulu aku jarang demam pon. kental orang kata. ceh. dah besaq lembik tak hengat. pregnant pon merungut bagai nak rak. tuh belum tuhan tarik satu kaki ka apa ka. 

Tapi for him, let it be lah.  It is a part of his growing pain. biar dia tau kita ni orang khatulistiwa, kena la ada experience sebegini rupa. weekend ni aku nak pi jumpa paed dia, mintak ubat cacing. takut jugak weh, takut melarat, takut jadi macam cerita House MD, cacing masuk otak. oh tidak! tapi tu cacing dari babi, ketegaq sket. hat ni tape worm ja, cacing manja manja gitu.