Friday, October 28, 2011

selfish people annoys me

aku tengah bengang dengan seorang manusia ini. dia sgt la kiamsiap. nk pakai dermalogica product, tapi sungguh kiamsiap tanak beli dekat Malaysia, mahal kata nya. dan dan ada business trip pergi US, mula la nak order berjuta di Amazon.

Itu takpa. aku pun buat perkara sama. tapi manusia ini tak reti nak agak agak, dah tahu kan ada chances thay she will shorten her trip, agak-agak la, dah tahu kamu tuh nk balik awal, tak payah la nak order last minute. dah la dasar tak reti nak tgk berapa lama the shipment took and what's the worst case scenario, dia main orderrr jer. SAVE duit kata nya.

dan dan her last shipment sampai after she dah balik ke Penang. since we both stayed at the same hotel, maka aku lah menjadi Mak Lampir nye, so the shipment supposed to be routed to me. maka aku pon tunggu jer la shipment tuh muncul dlm bilik aku. tapi tak jugak muncul-muncul.

minah tuh dah cuak dah. shipment company kata dah hantar. tapi barang nya tak jugak sampai. 5x kamu sehari dia pm aku tanya. mintak aku tanya front desk. aku dah tanya front desk kata nya tak ada pun shipment tuh. kira tanggungjawab aku dah setel. minah tuh pulak siap suruh aku marah marah lagi front desk. suruh naik suara siap. mintak threaten them. kamu ni budak kecik ke kalau tak dapat apa kamu nak kamu marah marah nak ugut orang?

apa masalah awak? itu problem shipment awak, dan dan aku pulak kena pergi marah marah for you? who are you??? I'm not a freaking PAWN for you to use. Kalau kau nak sangat marah marah orang, kamu sendiri la call. saya dekat Malaysia tak boleh call US katanya, pakai la Skype, Cik kak. aku just cakap im sorry but i have to go to work early in the morning and came back really late, so i dont have time to go and harass the manager for you.

tahu ko tensen barang kau hilang. aku phm. tapi ada proper channel yang kamu boleh guna dimana tidak akan menyusahkan orang lain.

lepas aku buat bolayan dekat dia. maka dia pun ambil inisiatif email komplen kepada manager hotel panjang lebar dengan font bold size 14 kaler merah. :)

balik kerja esok dan dan shipment itu tersengih atas meja study aku. kan? kalau dari awal kamu hantar email, tak ada la kamu perlu menyusahkan orang di sekeliling kamu.

Wednesday, October 12, 2011

apabila aku drive

aku bangga tahap la dgn diri sendiri. wahahaha.

aku kan bodoh-bodoh sikit driving ni. mula mula datang Penang aku tak penah drive ever. Lesen memang buat pekasam ja. datang-datang penang dah kena drive. dah la aku dok di tempat paling jem di bumi pulau pinang. ok aku tipu. tapi memang congested lah the place.

and lepas tu aku accident sekali. tobat jantung terhenti sekejap. dan dalam beberapa saat accident tu jadi, semuanya jadi slow motion, terasa dunia di slow mo kan, aku mcm nk tekan break, tapi isyarat tuh lambat sampai ke otak, tahu tahu dah terlanggar kereta depan.

selepas itu accident aku bertukar menjadi pemandu yg berhemah. tapi Penang style. so you know what i mean. So when I come here, aku datang seorang seorang dari department aku, and aku segan la kan nk tumpang orang yg aku baru kenal everyday.

so the first week, aku macam nak familiarize dgn jalan dan peraturan nya. cuak la jugak nak drive di belah kiri. Aku luahkan la perasaan dekat colleague aku yg selalu travel, dia cakap senang je nak drive, ko kene selalu ingat, line kuning akan sentiasa di belah kiri. always. and watch out for road signs. Stop means stop. even tak ada kereta. WAJIB. so sepanjang aku ada kat sini, aku menjadi pemandu berhemah!

tetapi hanya di 2 minggu yang pertama. selepas itu, tanduk penang aku naik balik. haha. dan dan kena hon panjang dengan driver sini. then reality hits. oops. sorry. haha.Colleague aku baru sampai Austin, bila turn aku drive for lunch or dinner, sure dia marah, "Najwa SLOW DOWN, Najwa CAREFUL!". setiap kali aku nak drive balik hotel aku sure dia membebel dulu.

maka aku pun menjadi seorang pemandu berhemah. semoga tabiat ini melekat sehingga bila bila. Amin.

anak kau masuk hospital?

aku datang sini jumpa ngn sorang mamat ni, budak company aku jugak tapi different department, budak melayu la. ada dia senang la sikit aku nk cari mknn halal. ada geng.

tadi masa pergi lunch ramai-ramai, makan sushi, dia cakap dia nk shorten his trip, sebab anak-anak dia masuk hospital.

aku mcm "haaaaaaaa? anak-anak kau dua dua masuk hospital?" kalau la anak aku? (mintak tuhan jauh la) pengsan~

kau gilaaaaaa.. anak warded, dia boleh lagi datang kerja. nyah bukan nya office dia stgh jam dari rumah weii.. office dia berjuta juta km away from home. kalau aku la, tang tuh jugak aku bgtau bos aku, aku nak balik tang ni jugak.

tapi tuh la tak kena dekat aku.. sedap la kan mulut dok ckp itu ini. dah kene batang idung sendiri. baru tahu.

Friday, October 7, 2011

unexpected

previous entry aku cakap aku tak nak travel. macam macam mana pun aku akan tai chi dekat orang lain. sekarang ni ha amik kau, boss aku kata, Najwa by hook or by crook you have to travel. maka aku pun terima la dengan hati tertutup. mcm *%&* i tell you.

aku ada anak weiii.. anak aku baru 9 bulan.. panggil mama pon tak reti lagi. kau nak aku travel. aku sorang-sorang pulak tuh dari department aku. udah la aku tak pernah pernah travel jauh. aku kan orang kampung. miskin pulak tuh. nak pergi KL pon buat kira-kira duit pakai excel sheet kamu. ni nak travel jauh-jauh.

Udah la baru lepas Raya, mana ada duit wehhh, hutang keliling pinggang.

memang la deparment sponsor, tapi aku kena pakai duit aku dulu baru boleh claim. tak apa la pasal duit tuh, aku boleh pakai credit card.

anak aku macam mana? aku ni dengan malu tahap dewa, pergi la melanguk dekat mak aku mintak jaga anak aku. dan dan pulak la abang ipar aku pun kena travel jugak. at the same time pulak tuh. so mak aku kena jaga anak saudara aku. aku pun dengan malu tahap nya pegi la pulak melanguk dekat mak mertua aku, mintak tolong jaga anak aku. nasib baik kau mak mertua aku baik tahap maha dewa. maka semuanya berjalan dengan lancar.

persiapan nk pergi aku tak sempat nk buat sgt. kes nya, anak aku kena chicken pox. punya la resah hati mak kan. 2 minggu lepas tuh terus ok. aku pun fly lmbt seminggu. aku ingat boleh cancel kan jer trip. rupa rupanya tidak. demit.